Tuesday, February 19, 2019

BULAN ANTIDADAH KEBANGSAAN 2019

Bulan Antidadah Kebangsaan disambut pada setiap bulan Februari setiap tahun. Sambutan ini bertujuan untuk memberi peringatan kepada orang ramai bahawa dadah masih merupakan ancaman utama kepada negara dan  kesihatan.
Objektif utama sambutan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat tentang gejala dadah sebagai musuh nombor satu negara. Sebagai agensi yang terlibat dalam memerangi dadah, Agensi Antidadah Kebangsaan bertanggungjawab meningkatkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa dadah memudaratkan kesihatan serta menyampaikan maklumat dan perkembangan terkini mengenai masalah dadah dalam negara kepada orang ramai. Disamping itu juga sambutan ini mampu untuk meningkatkan komitmen dan kerjasama daripada pelbagai agensi dan semua pihak dalam usaha membanteras dadah.



PROUD TE BE AN ACSIAN


Sunday, February 17, 2019

PENGEDARAN SIJIL TAMAT i-THINK TAHUN 2017

Perkara : Pengedaran Sijil Tamat i-Think Tahun 2017 Daerah Manjung
Tarikh : 31.1.2019
Masa : 2.00petang (sesi pagi) & 11pagig (sesi petang)

Satusesi penyampaian sijil kepada guru-guru yang telah berjaya menamatkan kursus atas talian i-Think telah diadakan seperti masa di atas. Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang telah menamatkan kursus atas talian tersebut.








Sumber : Cikgu Adila dan Cikgu Nurul Marliana

BICARA PROFESINAL BERSAMA TUAN PENGETUA

Perkara : Bicara Profesional bersama Tuan Pengetua
Tarikh: 31.1.2019 (Khamis)
Tempat : Auditorium sekolah
Masa :
  1. Sesi petang : 11.00 pagi - 1.00 tengah hari 
  2. Sesi pagi   : 2.00 - 4.00 petang

Bicara profesional bersama Tuan Pengetua telah dilaksanakan seperti tarikh dan masa di atas. Pengetua telah memberikan taklimat mengenai target dan sasaran pencapaian sekolah, ciri-ciri guru cemerlang dan hal-hal berkaitan pengurusan sekolah.


Sumber : Cikgu Adila

SELAMAT DATANG, TUAN PENGETUA.


Friday, February 08, 2019

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...