SEJARAH SEKOLAH

      SMK Methodist (ACS), Sitiawan telah ditubuhkan pada tahun 1903. Bermula daripada sebuah rumah anak yatim dengan 4 orang kanak-kanak lelaki dari Singapura, di bawah residen mubaligh Rev. B.F Van Dyke telah berkembang menjadi sebuah Sekolah Perusahaan Sitiawan (Industrial School Sitiawan).

     Bangunan asal diperbuat daripada kayu dan berbumbung atap terletak di tapak Chung Hua Kung Hui. Setahun kemudian dipindahkan ke sebuah bangunan yang serupa jenis di hadapan Chinese Pioneer Church. Tahun 1910, Dr. Shellabear yang merupakan Guru Besar pada ketika itu telah mendirikan sebuah lagi bangunan sekolah. Pada tahun 1916, Rev. W.E. Horley, iaitu seorang mubaligh dari Ipoh telah menukar nama asal sekolah kepada Sekolah Anglo-Chinese Sitiawan (ACS Sitiawan). Pada tahun 1926, bilangan pelajar  telah bertambah kepada 270 orang. Pelajar perempuan mula diterima masuk pada tahun 1927. Semasa pemerintahan Jepun, sekolah telah digunakan sebagai salah sebuah sekolah Jepun. 

      Pada tahun 1947, kelas Sijil Persekolahan (School Certificate) yang pertama dimulakan. Tahun 1949, kelas khas unutk pelajar Melayu (Special Malay Class) dimulakan. Sekolah pertama kali menjadi Pusat Peperiksaan Sijil Persekolahan pada tahun 1955. 

      Pada tahun 1958, pentadbiran sekolah rendah dan menengah diasingkan. Kelas bagi pelajar Tingkatan 6 (Sains) mula dibuka pada tahun 1973 dengan bilangan pelajar seramai 24 orang. Pelajar-pelajar ini menduduki peperiksaan High School Certificate (H.S.C) sebagai calon pertama sekolah pada tahun berikutnya. Golongan pertama ini berjaya mencatat kelulusan sebanayk 82%. Pada tahun 1977, kelas Tingkatan 6 (Sastera) dibuka dan sekolah mencatat keputusan H.S.C terbaik dalam negeri Perak.


TOKOH-TOKOH YANG BERJAYA DILAHIRKAN :

  1. Dato’ Seri Kong Cho Ha - Menteri Pengangkutan Malaysia.
  2. Tan Sri Dr. Abdullah Bin Ayub - Bekas AJK Kerajaan Negeri.
  3. Mendiang Dato’ Richard Ho Ung Hun -Bekas Menteri Buruh.
  4. Dato’ George Ting Yew Tong - Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Rangkaian Restoran Domino’s Pizza, Malaysia & Singapura

1 comment:

  1. Dear ADMIN.I am an old pupil from ACS SITIAWAN Xfrom 1971 to 1975 ( form 1 to form 5) May I know whether anyone from my batch is still keeping the 1971,1972 & 1973 's school magazibe yea.If so,I would like to borrow and photocopy them.Tqsm ADMIN

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...